Author Archive

Sudahkah Anda Bayar Zakat Fitrah Anda

Saturday, August 21st, 2010

Zakat Fitrah adalah rukun Islam yg ke-4 yang wajib dikeluarkan pada bulan ramadhan sehingga awal pagi sebelum menunaikan solat Aidil Fitri. Waktu yang afdal untuk membayar zakat ialah selepas terbit fajar subuh sehingga sebelum solat aidilfitri. Waktu wajib bayar zakat pula ialah akhir ramadhan sehingga terbit matahari. Jadi kalau nak bayar zakat tu jangan lah bayar last minit, kesian pulak kat tok iman atau amil zakat..pagi-pagi rumah dah kena serbu dengan orang yang nak bayar zakat sebab lebih afdal lah katakan.

Ketahuilah bahawa syarat-syarat zakat adalah :

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna Milik
  4. Cukup Nisab
  5. Cukup Haul

Mengapa perlu bayar zakat? Sebabnya adalah untuk membersihkan dan menyucikan harta kita, insyallah harta dan rezeki kita akan bertambah lagi. Ia juga dapat menolong orang-orang yang lebih memerlukan iaitu 8 asnaf. Tidak akan jadi papa seseorang itu jika ia mengeluarkan zakat.

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 267 bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah sebahagian harta kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi

Sebagai panduan bersama, berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2010

  1. Perlis – RM 6.00
  2. Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Kelantan & W.Persekutuan – RM 7.00
  3. Negeri Sembilan & Melaka – RM 6.50
  4. Johor – RM 5.00/RM 7.50 (mengikut jenis beras yang dimakan)
  5. Terengganu – RM 5.00/RM 7.00/RM 8.00 (mengikut jenis beras yang dimakan)
  6. Sarawak – RM 5.20
  7. Sabah – RM 6.80

Popularity: 75% [?]

Share/Save/Bookmark

Apa Itu TwitterCounter.com

Tuesday, August 17th, 2010

Salah satu social media yang popular selain facebook adalah twitter. Mungkin kebanyakkan anda sudah mempunyai akaun twitter dan bagi sesiapa yang belum mempunyai akaun twitter boleh sign-up di sini. Twitter umpama alat yang dapat memberitahu aktiviti yang kita lakukan secara ringkas yang menghadkan hanya 140 patah perkataan.

Ia amat mudah untuk update apa-apa sahaja yang kita hendak maklumkan di ruangan yang diberikan. Untuk menambahkan bilangan “follower”, kita perlu “following” seseorang terlebih dahulu dengan mengunakan button carian yang disediakan.

Salah widget yang membantu kita untuk mengetahui bilangan “follower” dan “following” adalah TwitterCounter. Selain itu widget ini juga dapat membuat analisis pergerakan “follower” dan “following” kita dari masa ke semasa dengan paparan graf tersedia ada. Kepada sesiapa yang mempunyai blog sendiri boleh memasang widget ini di dalam blog anda, cuma copy dan paste code yang diberikan tetapi sebelum itu kenalah sign-in twittercounter dahulu.

Popularity: 41% [?]

Share/Save/Bookmark

Jutawan Remaja Dalam Masa 2 Tahun

Monday, August 16th, 2010

Seorang remaja yang masih bersekolah di England telah berjaya mencipta sejarah apabila berjaya memperoleh pendapatan RM4.9 juta. Remaja yang bernama Christian Owens yang berasal dari Corby, Northamptonshire hanya mengambil masa 2 tahun untuk mengumpul hasil kekayaannya itu, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam.

Beliau mula menjalankan bisnes dengan mengeluarkan modal sendiri pada usia 14 tahun. Dengan menjalankan perniagaan internet, beliau melancarkan laman web Mac Box Bundle yang telah menjana pendapatan RM3.5 juta. Kemudian menubuhkan syarikat iklan melalui internet iaitu Branchr pada tahun 2009 yang telah menyumbang pendapatan RM2.5 juta hanya selepas setahun beroperasi.

Beliau tetap menjalani rutin persekolahannya seperti biasa dan hanya aktif dalam perniagaannya selepas waktu persekolahan dan pada hujung minggu. Tetapi kini beliau telah berjaya menggaji seramai 8 orang pekerja dewasa dan merancang untuk membuka 2 cawangan pada tahun hadapan.

Bapanya yang merupakan pekerja kilang yang bernama Julian berumur 50 tahun dan ibunya ialah seorang setiausaha sebuah syarikat. Beliau masih tinggal bersama ibubapanya. Tercetus idea untuk menjalankan bisnes internet setelah menjadikan kisah kejayaan Steve Jobs, Ketua Eksekutif Apple sebagai mentornya.

Popularity: 61% [?]

Share/Save/Bookmark

Daun Sirih – Ada Khasiatnya

Sunday, August 15th, 2010

Barangkali ramai yang berfikir bahawa daun sirip hanya boleh dimakan dan digemari oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu. Malah tidak terfikir pun bahawa daun sirih bukan sahaja boleh dimakan tetapi ia mempunyai pelbagai khasiat, antaranya adalah :-

  1. Melegakan Sakit Kepala. Petua orang-orang dahulu menyatakan bahawa daun sirih dapat menghilangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil 3 helai daun sirih, 3 ulas bawang merah tanpa dibuang kulitnya, 1 sudu teh jintan hitam, 1 sudu besar cuka dan semangkuk air. Ramas kesemua bahan tersebut bersama-sama dengan air. Sapukan bahawa yang telah diramas dari pangkal kepala sehingga ke kulit kepala. Anda akan merasa kepala berasa sejuk dan ringan.
  2. Menghilangkan Bau Badan. Caranya amat mudah dengan meminum air rebusan daun sirih setiap hari. Ambil segelas pagi dan segelas pada sebelah petang. Amalkan selalu, pasti badan anda tidak berbau.
  3. Menghindarkan Bau Mulut. Ambil beberapa lembar daun sirih (disiat-siatkan) kemudian dicampur dengan sedikit air dan berkumurlah dengan air tersebut. Insyaallah hasilnya pasti memuaskan.
  4. Menajamkan Gunting. Ini adalah petua nenek moyang kita yang menyatakan bahawa dengan mengambil 10 atau 15 lembar daun sirih dan gunting (perlu dibersihkan terlebih dahulu) daun-daun sirih tersebut hingga hancur. Anda akan dapati gunting akan menjadi tajam.

Semoga petua ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian kita.

Popularity: 61% [?]

Share/Save/Bookmark

Apa Itu Seoquake?

Saturday, August 14th, 2010

Tahukah anda bahawa terdapat ‘tools’ penting yang mempunyai pelbagai berfungsi yang amat berguna terutamanya kepada ‘blogger’. Salah satu daripadanya adalah Seoquake. Seoquake adalah satu ‘toolbar’ yang dipasang pada mozilla firefox yang berfungsi sebagi monitor untuk satu-satu blog.

Antara fungsi toolbar ini adalah kedudukan pagerank blog, jumlah indek dari search engine seperti google, yahoo dan bing, jumlah link dari blog samada inbound atau outbound, mengetahui kedudukan alexa rank, mengetahui info halaman dari blog, memperolehi keyword density, mengetahui link yang menghala ke blog tersebut, mengetahui meta keyword, meta description, tajuk dan ip sesuatu blog.

Bagi yang ingin memasang toolbar tersebut boleh klik di seoquake.com dan sila install mozilla firefox terlebih dahulu. Semoga toolbar ini dapat membantu para blogger sekelian.

Popularity: 47% [?]

Share/Save/Bookmark