Author Archive

Kebaikan Daun Kucai

Wednesday, December 28th, 2011

Kucai adalah sayuran herba yang berasal dari Asia Tengah. Ia juga banyak ditanam di China, Britain, Jerman, Scandinavia dan Asia Tenggara. Pokok kucai boleh dikenali melalui batangnya yang panjang bersambung dengan bebawang dipenghujungnya. Keseluruhan daun kucai boleh dimasak dan digunakan dalam makanan.

Daun kucai mengandungi vitamin A, vitamin C, kalium dan asid folik. Ia dipercayai mampu melegakan sakit tekak, sakit perut, melindungi diri daripada penyakit jantung dan stroke, membantu tubuh menentang bakteria dan meningkatkan kebolehan tubuh untuk mencerna lemak.

Selain itu ia juga dapat merangsang selera makan, membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau, merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin C dalam kucai mampu mencegah selsema. Daun kucai juga mempunyai sumber baik beta karotena yang membantu memperbaiki penglihatan mata dan dapat membersihkan ‘acne’.

 

Popularity: 7% [?]

Share/Save/Bookmark

Sudah 2 Tahun Lebih Umur Blogku…

Monday, December 5th, 2011

Alhamdulillah…Umur blog ini sudah 2 tahun lebih bernyawa walaupun sudah jarang sekali blog ini ber”updated”. Maknanya sudah lebih 24 bulan atau lebih 740 hari aku menjadi seorang blogger yang belum pro, tapi sekurang-kurangnya tahulah sedikit sebanyak bab-bab nak mengendalikan blog yang berplatformkan wordpress.

Sebenarnya lama dah blog ini tak ber”updated”, lihat pada post yang terakhir adalah pada 21 Oktober 2011 iaitu hampir sebulan lebih tidak dikemaskini. Malam ini tergerak pulak nak lihat jika ada apa-apa perkembangan di blog ini, rasa bersemangat bila lihat pada pada banner PR di sebelah kanan iaitu ada kenaikan PR 0 ke PR 1. Bukan senang nak dapat kenaikan PR, 2 tahun menunggu!!.

Sebenarnya bila blog kita mendapat kenaikan PRnya, maka ini akan menjadikan sesebuah blog ini mempunyai nilainya tersendiri pada pandangan pakcik Google atau pihak advertiser. Lebih bermakna lagi jika blog itu adalah blog yang mempunyai “niche”nya tersendiri yang berbahasa Inggeris. Itulah sebabnya bahawa dengan berblog boleh memperolehi pendapatan sampingan jika mendapat PR yang tinggi. Pihak Google akan ‘updated’ PRnya 3-4 kali setahun.

 

Popularity: 4% [?]

Share/Save/Bookmark

Waktu Yang Paling Afdal Berdoa

Friday, October 21st, 2011

Doa adalah satu permintaan atau permohonan antara seorang insan kepada Penciptanya. Kita sering berdoa apabila kita perlukan bantuan dari Allah swt. Berikut adalah waktu yang afdal untuk kita berdoa :-

  1. Waktu Antara Azan Dan Iqamah. Ini adalah waktu yang sebaik-baiknya untuk kita berdoa dan perlulah di dalam keadaan berwuduk.
  2. Waktu Bersujud. Sabda Rasulullah saw ” Tempat yang paling dekatnya seorang hamba kepada Allah adalah di saat dia sujud, maka perbanyakkanlah berdoa”
  3. Pada Hari Jumaat. Ini adalah kerana hari Jumaat adalah penghulu segala hari.
  4. Doa Orang Berpuasa Ketika Bulan Ramadan. Doa seorang yang sedang berpuasa terutamanya di bulan ramadan maka doanya tidak akan ditolak dan fadhilatnya berlipat ganda.
  5. Doa Orang Teraniaya Dan Dizalimi, Doa Seorang Musafir Dan Doa Ibubapa Kepada Anaknya.

 

Popularity: 15% [?]

Share/Save/Bookmark

Fadilat Surah Al-Waqi’ah

Thursday, October 20th, 2011

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Barangsiapa membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kemiskinan

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke 56 di dalam Al-Quran yang terdiri dari 96 ayat yang tergolong dari surah Makkiyah (diturunkan di Makkah). Surah ini diturunkan selepas surah Taahaa dan dinamakan dengan Al-Waaqi’ah yang bermaksud Hari Kiamat.

Ayat ini menolak tanggapan kaum kafir musyrik yang merasa ragu terhadap kewujudan hari akhirat. Ini adalah sebagai bukti bahawa hari akhirat tetap akan berlaku yang mana segala isi bumi ini akan dihancurkan dan digantikan dengan alam yang baharu iaitu alam akhirat.

Pada saat itu manusia akan terbahagi kepada tiga puak iaitu :

  1. Puak Kanan iaitu mereka akan berbahagia kerana akan mendapat sebaik-baik balasan dari Allah.
  2. Puak Kiri iaitu mereka akan memperoleh derita azab seksa yang tidak terperi.
  3. Puak Terdahulu iaitu mereka yang terdahulu mengerjakan kebaikan di dunia dan mereka ini telah dijanjikan sebaik-baik balasan di akhirat kelak.

 

 

 

Popularity: 14% [?]

Share/Save/Bookmark

Rentetan Dari Nisfu Sya’ban

Wednesday, July 13th, 2011

Ini adalah ulasan dari kuliah magrib pada malam ini oleh Al Fadhil Ustaz Hanafiah dari Jabatan Agama Islam Johor.

Sedikit ilmu saya diperolehi semasa menghadiri kuliah tersebut yang topiknya berkisar kepada Israq & Mikraj dan Malam Nisfu Sya’ban. Selepas dari peristiwa Israq & Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, Nabi Muhammad s.a.w telah menerima perintah untuk mewajibkan umatnya melaksanakan solat lima waktu. Sejak dari malam 27 Rejab itu, baginda telah memaksimakan amalan baginda kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadah solat sunat dan berdoa sehingga lewat pagi untuk memohon kepada Allah mengampunkan dosa umatnya iaitu umat akhir zaman yang diketahuinya terdapat banyak permasalahan dunia.

Sehinggalah pada pada malam 14 Sya’ban, Allah s.w.t telah memerintahkan Jibrail turun ke dunia dan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w untuk menyampaikan perintah Allah s.w.t untuk memberi baginda 2/3 kuasa iaitu memberi syafaat kepada umat baginda. Seterusnya pada malam 15 Sya’ban malaikat Jibrail sekali lagi turut ke dunia bertemu Nabi Muhammad s.a.w untuk menyampaikan perintah Allah s.w.t iaitu diberikan 1/3 lagi kuasa untuk memberi syafaat kepada umat baginda di hari perhitungan di Padang Mashyar nanti.

Jadi pada malam 14 Sya’ban juga dikenali dengan Nisfu Sya’ban dimana Allah s.w.t telah memberi kuasa penuh kepada Nabi Muhammad boleh memberi syafaat kepada umat akhir zaman. Oleh itu seeloknya kita dapat meningkatkan amalan kita kepada Allah s.w.t pada tiga hari tersebut iaitu 14,15 & 16 Sya’ban dengan berpuasa sunat. Berselawatlah kita kepada nabi kita Nabi Muhammad, mudah-mudahan kita beroleh syafaat di hari perhitungan kelak.

 

Popularity: 12% [?]

Share/Save/Bookmark