Archive for May, 2012

Doa Nabi Kepada Anas Ibnu Malik r.a.

Thursday, May 31st, 2012

Sekadar perkongsian untuk amalkan doa yang telah dibacakan kepada Anas Ibnu Malik r.a. oleh Nabi Muhamad s.a.w. sewaktu baginda ziarah ke rumah Anas Ibnu Malik r.a. dan telah diminta oleh ibunya supaya Nabi Muhamad s.a.w dapat membacakan doa ke atas anaknya. Ini adalah doa tersebut dan baik dibaca selepas solat dhuha :

 

Doa murah rezeki dan panjang umur. (Dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA)

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ.
Maksudnya: Ya Allah, banyakkanlah hartanya, anaknya dan berkatilah apa yang engkau kurniakan padanya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesan daripada doa tersebut, Allah telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.” Subhanallah!

 Doa khusus Nabi S.A.W kepada Anas Bin Malik ( dalam tulisan rumi) :

Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu,  warghfirlahu.

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Popularity: 24% [?]

Share

Mudahnya Dapat Dengar Dan Fahami Tafsir Al-Quran

Friday, May 25th, 2012

Tidak perlu kata susah untuk dengar dan fahami tafsir al-quran pada masakini. Semuanya ada dan boleh diperolehi atau dipelajari hanya dengan satu klik sahaja. Dengan mendengar dan menghayati tafsiran al-quran melalui internet dapat memberi manfaat kepada seorang muslim yang ingin memahami apa yang terkandung di dalam al-quran.

Kepada yang berhajat ingin mempelajarinya boleh klik disini hanya dengan beberapa klik sahaja, anda boleh memilih untuk melihat tafsirannya melalui pelbagai bahasa di dunia. Semoga ia dapat membantu kita memahami isi kandungan al-quran nul karim.

Popularity: 6% [?]

Share

Khasiat Buah Cermai

Sunday, May 6th, 2012

Nama saintifik bagi buah cermai ialah “phyllanthus acidus”. Pokok ini membiak melalui biji benih, ditanam melalui keratan batang atau di tut. Buah cermai akan berbuah secara bergugus dan akan berubah warna kekuningan apabila masak.

Dengan memakan buah cermai boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Buah cermai berasa masam jika dimakan mentah. Dengan membuat jus cermai dan meminumnya, boleh  menghilangkan sakit tekak, batuk dan juga dapat melangsingkan badan jika diamalkan secara istiqamah.

Daun cermai yang telah ditumbuk lumat dan diletakkan pada muka dipercayai boleh menghilangkan jerawat. Rebusan air daun cermai dan dicampur dengan gula batu, boleh menurunkan panas dalam badan. Daun cermai juga boleh mengubati demam campak. Caranya ialah dengan menumbuk daun cermai dengan kunyit hidup dan digaulkan dengan daun semambu dan sapukan pada badan pesakit.

Untuk menghilangkan parut deman campak atau parut luka, sapukan daun cermai yang telah ditumbuk dengan beras dan kapur sirih. Lakukan sehingga kesan parut tersebut hilang. Semoga info ini berguna kepada kita.

 

Popularity: 27% [?]

Share