Archive for March, 2012

Khasiat Habbatus Sauda

Thursday, March 8th, 2012

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam hadisnya yang dipetik dari kitab Ash Shahihain iaitu :

Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)

(Hadis riwayat; Bukhari dan Muslim)

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang bergurun.  Analisa ekstrak yang dilakukan ke atas minyak dan keberkesanannya telah dilakukan di Amerika dan hasil analisa tersebut menunjukkan bahwa minyak Habbatus Sauda juga mujarab untuk segala jenis penyakit.

Para pakar kanser dari Amerika telah berjaya membuktikan bahwa minyak Habbatus Sauda dapat menurunkan kadar gula di dalam badan. Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan sejak zaman lampau sebagai ubat untuk segala jenis penyakit alahan, radang, tekanan emosi dan kemurungan.

Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

  1. Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
  2. Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara.
  3. Ia dapat menyembuhkan selsema.
  4. Ia boleh merendahkan tekanan darah.
  5. Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan.
  6. Dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan hempedu dari pudi hempedu, untuk mengelakkan dari terbentuknya penyakit batu karang di pundi hempedu.
  7. Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
  8. Ia meningkatkan sistem imunisasi supaya dapat membunuh kuman-kuman, virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan dari dijangkiti pelbagai penyakit.

 

Popularity: 11% [?]

Share

Keajaiban Sedekah

Monday, March 5th, 2012

Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan 7 butir benih dan daripada setiap butir, tumbuh pula 100 butir benih. Allah melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang dikehendakinya. Allah maha luas kurnianya lagi maha mengetahui.

- Surah al-Baqarah ayat 261

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa ada tujuh orang yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat iaitu :-

  1. Raja yang adil.
  2. Orang yang hatinya selalu terpaut pada masjid
  3. Orang yang digoda oleh wanita cantik dan ia berkata bahawa ‘Aku takut pada Allah’.
  4. Pemuda yang rajin beribadah pada Allah.
  5. Orang yang mengingati Allah dalam kesunyian sehingga ia menitiskan air mata.
  6. Dua orang yang saling menyayangi semata-mata kerana Allah dan bukan kerana duniawi.
  7. Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibuat oleh tangan kanannya.
Dengan bersedekah juga ia akan beroleh keberkatan, selain itu bersedekah juga boleh menebus dosa dan ia juga akan membuka pintu syurga kepada orang yang bersedekah.
Wallahu’alam.

Popularity: 6% [?]

Share

Fadhilat Berwudhuk

Friday, March 2nd, 2012

Nabi s.a.w bersabda yang ertinya :

Barangsiapa berwudhuk untuk solat dengan sebaik-baik wudhuk, iaitu dengan sempurna rukun dan syaratnya, kemudian dia bangun mendirikan solat, maka sesungguhnya ia akan keluar dari dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya ; iaitu diampunkan segala dosanya yang kecil.

Nabi s.a.w bersabda lagi bermaksud :

Asal wudhuk itu sekali pada setiap anggota. Barangsiapa mengambil wudhuk dua kali pada setiap anggotanya maka ia akan memperolehi dua kali ganda pahala, dan barangsiapa mengambil tiga kali pada setiap anggotanya, maka itulah wudhuk para Anbiya’ sebelumku.

Sumber ; ” Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub” – Imam Suyuthi

Popularity: 3% [?]

Share