Archive for October, 2010

Kenapa Tiada Lesen Memandu?

Sunday, October 31st, 2010

Photo dari www.ondscene.my

Tajuk post pada kali ini merujuk kepada kemalangan di Lebuhraya Karak berhampiran dengan Genting Sempah yang telah meragut 7 nyawa. Awal pagi tadi agak terkejut bila baca suratkhabar berkenaan kemalangan tersebut. Mengikut apa yang ditulis, pemandu yang jadi drebar bas tersebut TIADA lesen memandu, aduhai…macamana boleh jadi macam ni.

Agak pelik tapi ini berita benar. Jika difikirkan, pemandu bas persiaran tersebut dah berumur 40-an tahun jadi maknanya berapa lama dia buat keje tanpa lesen?. Dan macamana pulak pemilik bas persiaran tersebut boleh terlepas pandang mengenai pentingnya seseorang itu perlu ada lesen yang sepatutnya untuk membawa para penumpang, ini bukan penumpang motorsikal, bukan penumpang motorkar ataupun penumpang basikal. Tapi ini adalah penumpang bas yang mana ramai yang menaikinya.

Ini telah disahkan oleh Ketua Trafik Dan Ketenteraman Awam Selangor. Pemandu tersebut telah ditahan reman selama 4 hari untuk siasatan lanjut. Didalam kemalangan tersebut yang berlaku pada pukul 7.40 malam, seramai 7 orang terbunuh dan 16 orang cedera. Rombongan itu terdiri daripada Belia 4B dari Kg Baru, Mukim Siong, Kedah. Al-Fatihah kepada mangsa yang terbunuh.

Popularity: 4% [?]

Share

Semanis-Manis Gula…

Saturday, October 30th, 2010

Sekarang ada berita baik untuk pengemar kepada manis-manisan. Barangkali khabaran ini agak melegakan para pesakit diabetes kerana telah ditemui pemanis semulajadi yang boleh menjadi alternatif kepada gula. Memang kita sedia maklum bahawa mengambilan gula pada kadar yang tinggi boleh mengundang pelbagai penyakit. Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia dikatakan pengemar kepada manisan terutamanya susu pekat dan gula. Ini telah meletakkan negara kita di tangga ke-8 tertinggi di dunia dengan jumlah 46.9 kg perkapita pada tahun 2005 atau 26 sudu sehari. Fakta menyatakan bahawa rakyat Malaysia merupakan pengidap diabetes ke-4 tertinggi di Asia berjumlah 800,000 pada tahun 2009 dan dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun 2010.

Agak memeranjatkan fakta-fakta di atas. Pemanis alternatif yang saya sebutkan tadi ialah dari daun “stevia”. Stevia adalah sumber pemanis semulajadi dan menyihatkan kerana ia tidak mengandungi kalori dan sesuai untuk mengurangkan berat badan. Yang menariknya daun stevia ini lebih manis sehingga 250 kali ke 300 kali berbanding dengan gula biasa.

Pokok stevia ditemui oleh seorang warga Itali di Paraguay dimana orang asli di negara berkenaan menggunakannya sebagai manisan pada ubatan. Setakat ini tanaman pokok stevia belum dikomersialkan dinegara kita kerana kos pengeluaran yang tinggi. Kebanyakan produk ini diimpot dari negara luar seperti China, India, Brazil, Kanada dan Rusia.

Popularity: 16% [?]

Share

Operasi Benteras Lipas – Dari Pengalaman Sendiri

Friday, October 29th, 2010

Malam kelmarin aku melakukan operasi hapuskan lipas. Dah hampir 2 tahun tak berkesempatan laksanakan tugas ni. Memang kat kabinet dapur rumah aku dah jadi umpama rumah lipas. jadi penternak lipas pulak, hehe. Sebelum tu mari kita lihat fakta mengenai spesis lipas ni.

Terdapat 4000 jenis lipas di dunia ni tapi kalau di Malaysia hanya 3 jenis lipas yang wujud iaitu lipas amerika, lipas jerman dan lipas belang coklat. Tahukah anda bahawa seekor lipas jerman boleh membiakkan 20,000 baka lipas dalam masa setahun.

Selalunya kejadian keracunan makanan berpunca dari lipas. Tabiat buruk lipas yang suka mengeluarkan semula makanan separuh hadam, sentiasa menabur najis sambil makan dan meninggalkan bakteria di merata tempat. Penyakit yang boleh dihidapi akibat dari bakteria yang dibawa oleh lipas adalah cirit-birit, hepatitis, kepialu, kusta, penyakit kulit dan bengkak kelopak mata.

Antara langkah pencegahan yang disarankan ialah :-

  1. Halang kemasukkan lipas ke dalam rumah kita dengan menutup ruang yang mejadi laluan lipas.
  2. Jaga kebersihan dapur dan simpan makanan di dalam bekas yang tertutup.
  3. Jangan biarkan sisa makanan terdedah dan dicemari lipas. Tutup tong sampah dengan rapat.
  4. Bersihkan tompok-tompok minyak di tempat memasak, ketuhar dan gril.

Penyemburan racun serangga merupakan satu cara terbaik dan berkesan untuk mengawal lipas. Seelok-eloknya gunakan racun serangga yang dirumus khas untuk serangga merayap. Untuk mendapatkan kesan yang maksimun gunakan racun serangga yang meninggalkan residu. Permukaan yang disembur dengan racun serangga jenis ini boleh terus aktif selama sebulan atau lebih.

Popularity: 18% [?]

Share

Lebuhraya Baru Di Selatan Johor

Thursday, October 28th, 2010


Senai-Desaru Expressway adalah lebuhraya baru yang menghubungkan Senai-Pasir Gudang-Desaru sepanjang 77 kilometer. Ia juga dikenali sebagai Lebuhraya “E22″ yang dapat memberi kemudahan perhubungan pengangkutan darat antara Johor Timur dan Johor Barat. Projek lebuhraya ini adalah yang ketiga terpanjang yang telah dianugerahkan oleh kerajaan Malaysia dan dibina oleh Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd.

Dengan terbinanya lebuhraya ini dapat memendekkan masa perjalanan antara Senai yang terletak di barat dengan Desaru yang terletak di timur, yang hanya mengambil masa 45 minit sahaja berbanding 2 jam perjalanan sebelum ini. Wujudnya lebuhraya ini dapat menaikkan lagi industri perlancongan di sekitar Desaru dan Pengerang.

Selain dari itu, ia juga menjadi pemangkin kepada industri pengilangan yang dapat menghubungkan antara Pelabuhan Johor (Johor Port) dan Pelabuhan Tanjung Langsat dengan Senai Airport serta Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Lebuhraya ini dilengkapi dengan 2 kawasan R&R yang terletak di KM31 arah barat dan KM32 arah timur. Antara kemudahan yang disediakan adalah stesen minyak, gerai makan, surau, tandas, WIFI, mesin ATM dan kawasan permainan kanak-kanak.

Mercu tanda bagi lebuhraya ini ialah jambatan gantung yang merentangi Sg. Johor. Pada masa ini jambatan tersebut masih lagi di dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2011. Tol akan dikenakan pada kadar 0.13 sen bagi setiap kilometer.

Popularity: 16% [?]

Share

Cerita Pasal Rumah Kasut

Wednesday, October 27th, 2010

Manusia yang bernama Mahlon Haines telah membina rumah kasut pada tahun 1948. Sebelum itu mari kita lihat latar belakang mengenai Mahlon Haines. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1875 di Ohio, Amerika Syarikat. Beliau telah berpindah ke York pada usia awal 20-an tahun. Beliau telah menjalankan perniagaan jual kasut dan telah berjaya membina empayar jualan kasut di Pennsylvania dan utara Maryland dengan mempunyai lebih dari 40 kedai kasut.

Ini telah menjadikan beliau seorang jutawan dengan hanya menjual kasut. Pada pendapat beliau, semua orang boleh berjaya menjual kasut dengan teknik pemasaran yang dapat menarik perhatian pembeli. Salah satu ideanya adalah dengan membina rumah kasut sebagai gimik untuk melariskan jualan kasutnya.

Rumah kasut ini dibuat dengan struktur kerangka kayu dan simen. Berukuran 48 kaki panjang, 17 kaki lebar dan ketinggian 25 kaki. Keadaan dalam rumah mengandungi 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu.

Beliau meninggal pada tahun 1962 pada usia 87 tahun. Rumah itu ditinggalkan kepada para pekerjanya dan telah dijual kepada seorang doktor gigi pada tahun 1964 iaitu 2 tahun selepas kematiannya. Tetapi pada tahun 1987, rumah kasut ini telah kembali kepada keluarga Haines setelah cucunya membeli rumah tersebut. Kini ia telah dijadikan muzium kasut yang menyimpan perihal kasut yang telah diusahakan oleh Haines.

Popularity: 5% [?]

Share