Archive for September, 2010

Khasiat Halia

Tuesday, September 28th, 2010

Halia merupakan rempah penting yang diperniagakan di dunia bermula pada abad ke-5 masihi. India adalah pengekspot halia terbesar di dunia manakala halia dari Jamaica adalah yang terbaik dari segi kualitinya kerana mempunyai bau yang wangi dan rasa yang sedap.

Halia merupakan tanaman berakar serabut dan senang dijaga. Ia cepat membiak di kawasan tanah yang lembab dan mendapat sinar matahari yang banyak. Tumbuhan ini mampu mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter.

Halia mengandungi komponen minyak beruwap dan tidak beruwap. Gingerol, shogaol dan resin adalah kandungan sebenar halia yang terdapat di dalam minyak oleoresin. Khasiat tumbuhan halia yang selalu digunakan bagi merawat penyakit dalaman seperti melancarkan aliran darah, muntah-muntah, sakit kepala, selsema, terseliuh, batu karang, asma, kelemumur, kolestrol tinggi, sakit pinggang, cirit-birit dan mati pucuk.

Bagi ibu mengandung yang rasa loya atau muntah boleh dikurangkan dengan mengambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis dan dimasukkan ke dalam segelas air mendidih bersama-sama dengan seketul gula batu. Sesuai diminum pada waktu pagi dan malam.

Bagi menghilangkan sakit kepala ambil beberapa helai daun halia ditumbuk sehingga halus dan ditampal pada dahi dan pelipis. Untuk merawat penyakit pencernaan, ambil akar halia yang dihancurkan dan dicampur dengan 2 cawan air dan direbus selama 20 minit. Minum air rebusan tersebut selepas makan 2 kali sehari.

Popularity: 23% [?]

Share/Save/Bookmark

Fenomena Cecacing Stuxnet

Monday, September 27th, 2010

Beberapa bulan yang lepas telah wujud versi cecacing baru yang dikenali Stuxnet yang berbahaya kerana boleh melumpuhkan bekalan elektrik. Kejadian yang pertama kalinya berlaku di Jerman pada bulan Jun 2010. Terbaru, ia dilaporkan telah merebak ke 6 buah negara iaitu Iran, Kanada, India, Amerika Syarikat, Pakistan dan Indonesia.

Stuxnet boleh memasuki sistem melalui peranti memori iaitu USB yang disambungkan ke dalam komputer. Ia mampu menceroboh ke dalam komputer walaupun pengguna tidak melayari internet. Tetapi kebanyakkannya berlaku kepada komputer yang dibuat oleh firma Siemens dari Jerman yang digunakan untuk mengawal sistem aliran bekalan elektrik di kawasan perindustrian.

Pakar dari FBI menyatakan bahawa serangan siber kali ini umpama letupan bom jarak jauh yang dibimbangi akan digunakan oleh para pengganas. Stuxnet diperbuat menggunakan kod yang komplek yang menggabungkan beberapa teknik penggodaman untuk cepat merebak dan sukar dibaiki. Ia berkemampuan untuk memprogram semula arahan komputer dan membuat satu set arahan baru.

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark

Kenapa Kita Perlu Istighfar Dan Bertaubat?

Friday, September 24th, 2010

Daripada sumber pembacaan, menyatakan bahawa istighfar dan bertaubat adalah perkara yang paling penting bagi mendapat rezeki daripada Allah s.w.t. Taubat maknanya meninggalkan dosa kerana keburukannya. Terdapat beberapa syarat iaitu :

Jika dosa itu berkaitan dengan Allah, ada 3 syarat iaitu :

  1. Berusaha meninggalkan dosa yang dilakukan
  2. Menyesal dengan perlakuannya itu
  3. Berazam atau bertekat tidak melakukannya lagi.
  4. Mengembalikan kepada yang mempunyai hak tersebut (syarat tambah jika dosa itu berkaitan dengan manusia)

Antara dosa yang memerlukan kita bertaubat kepada Allah adalah :

  1. Meminum arak
  2. Menipu
  3. Berjudi
  4. Meninggalkan puasa di bulan Ramadan
  5. Taksub kepada kata-kata bomoh atau pawang
  6. Meminta pertolongan daripada bomoh atau dukun
  7. Meninggalkan solat fardu
  8. Tidak menunaikan nazar yang telah dibuat
  9. Tidak mengeluarkan zakat
  10. Tidak menunaikan haji jika berkemampuan
  11. Tidak menutup aurat secara sempurna
  12. Berzina
  13. Berkhayal melakukan perkara-perkara maksiat
  14. Melihat wanita yang bukan mahram dengan penuh syahwat
  15. Berkhalwat dengan seseorang yang bukan mahram

Perkara-perkara di atas adalah sebagai panduan kepada kita supaya kita dapat berbuat apa yang patut untuk memperolehi rezeki yang melimpah-ruah daripada Allah s.w.t.

Popularity: 11% [?]

Share/Save/Bookmark

Santuari Buaya Tembaga Pertama Di Malaysia Di Sarang Buaya Pasir Gudang Johor

Wednesday, September 22nd, 2010


Destinasi perlancongan pada kali ini adalah di Sarang Buaya Pasir Gudang. Pusat bandar Pasir Gudang terletak di sebelah timur bandaraya Johor Bahru. Cara yang mudah untuk kesana adalah melalui pengangkutan awam atau memandu sendiri yang mengambil masa 40 minit dengan anggaran jauh lebih kurang 35 kilometer. Pasir Gudang terkenal sebagai bandar industri di negeri Johor yang berasaskan kepada industri berat, kimia, minyak kelapa sawit dan sebagainya.

Lokasi Sarang Buaya ini terletak berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Langsat yang berkeluasaan 8 ekar. Ia dibina dalam kawasan habitat paya bakau. Pada masa ini terdapat sebanyak 12 buah kolam telah dibina bagi menempatkan pelbagai saiz buaya tembaga. Ia akan menempatkan sebanyak 592 ekor buaya tembaga dan telah mendapat kelulusan dari Jabatan Perhilitan melalui permit khas. Kini, sebanyak 144 ekor buaya telah diperolehi dan ditempatkan di 6 buah kolam yang berukuran 1’6 inci hingga 10 kaki dan pelbagai peringkat umur buaya dari 1.5 tahun hingga 15 tahun.

Sarang Buaya Pasir Gudang adalah santuari buaya tembaga yang pertama Di Malaysia kerana haiwan ini dilindungi oleh Jabatan Perhilitan dibawah Akta 76 1972 yang hanya membenarkan kepada yang mempunyai permit khas sahaja boleh memelihara haiwan ini. Ia dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Popularity: 27% [?]

Share/Save/Bookmark

Kanser Adalah Pembunuh No. 2 Di Malaysia

Monday, September 20th, 2010

Tahukah anda bahawa kanser adalah pembunuh nombor dua di negara kita selepas kemalangan jalan raya. Fakta menyatakan bahawa kira-kira 3,000 kes baru yang berkaitan dengan kanser wujud setiap tahun. Daripada itu kanser paru-paru mendahului di dalam senarai yang dihidapi oleh kaum lelaki, manakala kanser payudara adalah pembunuh utama yang dihidapi oleh kaum wanita.

Statistik pada tahun 1990 melaporkan bahawa terdapat 26,854 kes tetapi ia meningkat 40% pada tahun 1996 iaitu sebanyak 37,294. Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa jumlah kemasukkan pesakit kanser ke hospital kerajaan adalah sebanyak 11,655 untuk 8 jenis kanser tidak termasuk kanser paru-paru. Berikut adalah 8 jenis kanser tersebut :-

  • Kanser Payudara – 3,575 kes
  • Kanser Colon – 2,088 kes
  • Kanser Hati – 1,475 kes
  • Kanser Perut – 1.349 kes
  • Kanser Esofagus – 713 kes
  • Kanser Pankreas – 406 kes
  • Kanser Usus Kecil – 20 kes

Diketahui bahawa punca kepada penyakit kanser adalah dari sumber dan cara pemakanan kita, gaya hidup dan keadaan persekitaran. Cuba elakkan dari memakan makanan yang dimasak melalui kaedah barbeque, yang mengunakan arang sebagai bahan bakar. Ini adalah kerana menurut kajian yang dibuat oleh US National Cancer Institute (NCI) menyatakan bahawa daging yang dibarbeque mengandungi ‘mutagen’ iaitu bahan kimia yang boleh merosakkan DNA dan ‘cinogens’ yang boleh menyebabkan kanser.

Popularity: 20% [?]

Share/Save/Bookmark