Archive for July, 2010

Benda-Benda Pelik Di Dalam Makanan Dan Keperluan Harian Anda – Part 2

Tuesday, July 20th, 2010

Tahukah anda bahawa satu lagi benda pelik dan tak pernah terfikir oleh kita tentang bahan yang dimasukkan ke dalam makanan ialah L-cysteine. Ia adalah sejenis asid amino yang digunakan untuk mengkentalkan doh roti, mempercepatkan pemprosesannya dengan mesin ke dalam biskut, kerak piza, donat dan makanan bakar.

Sebenarnya ramuan tersebut wujud dari rambut manusia dan ia boleh dihasilkan secara tiruan daripada bulu pelepah burung. Pakar-pakar industri menyatakan bahawa kebanyakkan L-cysteine daripada rambut manusia datangnya daripada wanita China, yang menjual rambut mereka kepada kilang-kilang kecil yang memproses bahan kimia di serata tempat di negara tersebut.

Selain daripada itu, rokok yang dihisap setiap hari mengandungi bahan-bahan yang pelik. Beberapa jenama rokok memasukkan ramuan seperti koko, lilin lebah, minyak pain, cognac, jus buah prun, jus bit, cuka, kulit epal, mentega, sirap mapel, baja, skatole dan lain-lain.

Cuma ingin ditekankan di sini ialah apa itu skatole iaitu bahan yang pelik yang berada di dalam rokok. Tahukah anda bahawa skatole adalah salah satu komponen utama najis. Pakar yang arif mengenai perisa mengesahkan bahawa rokok mengandungi simulasi pati najis. Menurut Frank Fischetti, seorang ahli kimia perisa kanan di Wynn Starr Specialty Foods & Flavors di Allendale, NJ berkata bahawa skatole sering ditambah ke dalam wangian bunga melur dan bahan perisa.

Popularity: 16% [?]

Share/Save/Bookmark

Hati-Hati Bila Buat Transaksi Guna Maybank Debit Kad Visa

Monday, July 19th, 2010

Ini adalah pengalaman yang aku alami pada pagi semalam. Agak terkejut juga dibuatnya. Mungkin ada yang pernah mengalami atau belum pernah mengalami situasi begini. Okey, sedikit lebih kurang begini ceritanya ;

Pada pagi semalam (Ahad) semasa mahu mengisi petrol di sebuah pam minyak Petronas yang selalunya aku bayar dulu kat cashier baru isi minyak, tapi entah bagaimana pada pagi ni, tangan ni gatal pulak nak swept debit card visa maybank kat terminal pam minyak. Okey ‘transaction successful’…aku isi RM30.00 sahaja, selesai isi minyak aje, slip dari panel tu tak keluar. Aku musykil.

Aku masuk dalam stesen minyak tersebut untuk ‘withdraw’ cash kat ATM machine. Aku check balance, aduh balance aku susut RM150.00, apa dah jadi..siapa pulak yang songlap duit aku. Aku pergi jumpa cashier mintak di print slip aku isi minyak tadi, memang sah slip tu tunjukkan aku isi pada jumlah yang betul iaitu RM30.00 sahaja.

Balik rumah aku cuba print recent transaction kat maybank2u, amat terkejut maybank dah debit duit aku sebanyak RM 150.00. Aduhhh!, memandangkan hari ini cuti hujung minggu, aku cadang esok aje pagi-pagi aku pegi Maybank. Hari ni bila bank buka aje, aku terus jumpa officer bank tersebut dah tunjukkan slip dan recent transaction yang telah aku print semalam. Tanpa cakap banyak officer itu seolah-olah faham masalah aku.

Dia kata “encik, pihak yang menguruskan visa debit card telah mengambil RM 150.00 “in-advance” dari akaun encik bagi transaksi yang encik buat dan ia akan pulangkan atau ‘kredit’kan balik lebihan itu dalam masa 2 atau 3 hari. Wah senang-senang aje nak ambil duit orang.

Persoalannya di sini apakah rasional pihak bank boleh ambil sejumlah duit yang agak besar  “in-advance” sedangkan sebelum ini tak pernah berlaku. Kita sebagai pengguna tidak diberitahu situasi begini akan berlaku. Kalau aku tahu, sumpah aku tak akan swept debit kad visa aku bila nak isi minyak atau sebagainya. Adakah pihak bank sesuka hati buat prosedur sebegini yang memang terang-terang menyusahkan para pengguna.

Popularity: 19% [?]

Share/Save/Bookmark

Benda-Benda Pelik Di Dalam Makanan Dan Keperluan Harian Anda – Part 1

Saturday, July 17th, 2010

Mungkin kita tidak pernah terlintas untuk memikirkan apakah atau bagaimanakah satu-satu bahan makanan itu dihasilkan.  Apa yang penting ialah apa yang kita makan itu mengenyangkan. Satu penemuan yang mengejutkan dan agak sukar nak dipercayai tapi ianya benar-benar berlaku dimana sisa serangga yang dihancurkan ada di dalam kebanyakkan makanan atau bahan perisa serta ekstrak rambut manusia terdapat dalam makanan bakar.

Sebagai contohnya, jika anda meneliti label makanan seperti dadih strawberi tertera perkataan ‘carmine’. Apa itu ‘carmine’ dan apakah kaitan dengan makanan harian kita.

Carmine adalah sejenis pewarna yang diekstrak dari serangga. Ia digunakan untuk memberi warna merah, pink dan ungu kepada produk seperti gincu bibir dan aiskrim. Carmine wujud daripada pigmen yang dinamakan ‘cochineal’. Lebih teliti lagi, cochineal pula diekstrak daripada serangga betina kering yang memakan kaktus di Peru, Canary Islands dan beberapa lokasi lain.

Pigmen terhasil dalam badan serangga iaitu selepas ibu serangga menyimpan telur-telurnya pada pokok kaktus sebelum mati, bangkainya yang mereput bersama-sama dengan telur dan larva yang telah menetas akan dipisah daripada tumbuhan itu. Ia akan dihancurkan dan dibakar, direbus serta dikukus untuk menghasilkan cochineal.


Bagi mengelakkan makan makanan yang mengandungi ekstrak serangga, anda hendaklah menjauhi makanan yang berwarna kemerah-merahan serta makanan yang kelihatan berkilat. Dilaporkan bahawa FDA telah membenarkan sebotol mentega kacang mengandungi lebih 100 bahagian pijat serta setin tomato boleh termasuk seekor ulat atau sehingga sembilan telur lalat.

Popularity: 26% [?]

Share/Save/Bookmark

Kisah Dua Makhluk Tuhan

Thursday, July 15th, 2010

Ini adalah kisah dari salah satu artikel yang telah saya baca yang agak menarik ceritanya. Kurang lebih ceritanya begini ;

Pada bulan Februari yang lepas, seorang hamba Allah (Kak Su) sedang menunggu kawan-kawannya untuk menghadiri satu program di masjid yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau ternampak seekor kucing berpelesiran di dinding pintu masjid. Kucing yang berbulu perang itu menjulurkan tengkuk dan merebahkan diri di anak tangga pertama di masjid berkenaan. Puas dihalau tapi tak mahu juga ia bergerak. Ia mematikan diri di situ. Pintu masjid segera ditutup takut kalau-kalau ia masuk kembali dan kencing di atas permaidani.

Sedang dia menunggu kawan-kawannya, muncul sebuah kereta Satria Neo berwarna perak. Seorang lelaki separuh umur berbaju Melayu dan berkain pelikat turun dari kereta sambil tersenyum kepada kami berlima. Di tangannya ada membawa bungkusan di dalam beg plastik merah menuju ke garaj berdekatan. Kucing yang tadi melentok liuk manja di sisi kami segera mengejarnya. Lelaki itu mengeluarkan bungkusan tadi.

“La, patutlah kucing ni tak bergerak-gerak depan kita tadi, rupanya dia tunggu ‘tuannya’ datang”. Dari perbualan Kak Su dengan lelaki tadi, rupa-rupanya lelaki tu akan datang setiap pagi ke masjid untuk memberi makanan kepada kucing tersebut.

Lelaki itu bercerita kepada Kak Su bahawa dua minggu lepas kereta Mercedez Benz kesayangannya tiba-tiba enjinnya terbakar, syukur nyawanya selamat. Dia tenang menghadapi dugaan tersebut dan wajahnya tetap ceria. Katanya kepada Kak Su, buat apa nak susah hati, semua yang ada bersifat sementara, tak ada yang kekal. Kepada binatang terus ditabur bakti dengan harapan mudah-mudahan segala urusan kehidupan dipermudahkan dalam keberkatan Allah.

Jadi moral atau pengajaran yang kita dapat dari cerita di atas adalah :-

  • Berbuat baiklah kita dengan sesama makhluk.
  • Andai didatangi peminta sedekah, hulurlah bantuan ikut kemampuan kita. Jangan menengking atau mengherdik mereka dan minta mereka doakan kesejahteraan kita.
  • Kita juga boleh meminta didoakan kesejahteraan ke atas diri kita kepada binatang yang kita berikan makanan kerana ia juga makhluk Allah yang faham naluri baik insan yang menyayanginya.
  • Mudah-mudahan berkat doa makhluk yang dibantu ini dapat menyelamatkan kita dan keluarga dari pelbagai petaka.

Popularity: 5% [?]

Share/Save/Bookmark

Mukjizat Di Sebalik Kalimah “BISMILLAH”

Tuesday, July 13th, 2010

BISMILLAH adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz ‘ BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ‘  yang bermaksud ‘ Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ‘

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

  1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  2. BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.    Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
  3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL  Muddatsir:30) .Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka  maka bacalah BISMILLAH 19  kali setiap hari. ‘
  7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘
  8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya..
  10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Popularity: 18% [?]

Share/Save/Bookmark