Archive for July, 2010

Empat Perkara Yang Membuat Anda Sihat

Saturday, July 31st, 2010

Berikut adalah petua yang dinyatakan oleh Imam Syafie mengenai 4 perkara untuk sihat :-

4 Perkara Yang Dapat Menajamkan Fikiran

  1. Bergaul dengan para alim ulama
  2. Rajin bersugi iaitu mengosok gigi
  3. Tidak banyak berbual kosong
  4. Berbicara dengan orang yang soleh

4 Perkara Yang Menguatkan Badan

  1. Berpakaian yang dibuat dari kapas
  2. Memakai haruman
  3. Kerap mandi
  4. Memakan daging

4 Perkara Yang Merosakkan Mata

  1. Membelakangi kiblat
  2. Memandang najis
  3. Melihat kemaluan
  4. Melihat orang yang mati dibunuh

4 Perkara Yang Melemahkan Badan

  1. Terlalu banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. Banyak makan bahan yang masam
  3. Selalu cemas
  4. Banyak minum air ketika makan

4 Perkara Yang Menajamkan Mata

  1. Berpakaian bersih
  2. Bercelak sebelum tidur
  3. Memandang kepada objek atau panorama yang hijau
  4. Duduk mengadap kiblat

Popularity: 45% [?]

Share/Save/Bookmark

Khasiat Yang Boleh Didapati Dari Bunga Cengkih

Friday, July 30th, 2010

Pokok cengkih sesuai ditanam di negara yang beriklim khatulistiwa. Untuk hidup, pokok ini perlu pada tahap kelembapan sebanyak 150 hingga 250mm dan suhu 15 hingga 38 darjah celcius. Keadaan tanah yang gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit amat sesuai bagi tanaman ini. Ia ditanam melalui biji benih, anak-anak pokok akan ditanam 1 1/2 hingga 2 tahun di ladang dan hasil tanaman boleh dipungut apabila pokok mencecah umur 7-8 tahun. Ia akan mengeluarkan hasil antara 60 tahun sehingga 130 tahun. Dianggarkan setiap tahun satu pokok boleh mengeluarkan hasil 2.7 kg.

Antara khasiat bunga cengkih ini adalah :-

  1. Menghindari Masalah Gagap. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu makan 21 biji bunga cengkih setiap hari dan rebus 100g jintan manis dengan 2 cawan air selama 15 minit. Minum air rebusan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.
  2. Memulihkan Tenaga Batin.  Digalakkan untuk makan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang dan jangan makan makanan berangin. Minum madu lebah sebanyak 3 sudu sehari. Lebih elok jika ia diambil bersama-sama telur ayam kampung.
  3. Mengatasi Masalah Sakit Ketika Haid.  Caranya adalah dengan merendam 7 biji bunga cengkih ke dalam segelas air panas. Minum air rendaman itu setelah ia menjadi suam. Insyaallah sakit tersebut akan beransur-ansur hilang.
  4. Dapat Menghilangkan Kesan Kulit Hitam Di Muka. Tumbuk sehingga halus kesemua campuran pucuk jambu batu, bunga cengkih dan kulit kayu manis  dengan dicampurkan sedikit minyak zaitun. Sapu pada kulit muka sebanyak 2 kali sehari dan jangan makan makanan berminyak.

Popularity: 53% [?]

Share/Save/Bookmark

Bahaya Toksid Dari Plastik Di Dalam Diet Harian Kita

Monday, July 26th, 2010

Tahukah anda bahawa bekas makanan yang digunakan sebagai alat pembungkus makanan yang kita beli di kedai mengandungi toksid yang merbahaya kepada diri kita. Makanan seperti mee segera di dalam cawan, ais krim, yoghurt dan segala makanan yang dipek dengan plastik juga mengandungi toksid dari plastik tersebut.

Satu bahan yang terkandung di dalam pembungkus plastik dipanggil ‘Styrene’. Ia adalah bahan yang di keluarkan dari sumber petroleum yang digunakan di dalam industri yang mengeluarkan cat dan getah sintetik. Di dalam pembungkus makanan bahan ini dikenali sebagai ‘polystyrene’ dan ’styrofoam’.

Kajian telah dilakukan di Britain iaitu pada tahun 1994 mendapati lebih dari 200 sampel  makanan seperti susu, margerin, keju lembut dan yoghurt mengandungi ’styrene’. Pada tahun 1999, kajian yang telah dibuat di Jepun menjumpai ’styrene’ di dalam pek polystyrene yang biasa digunakan untuk membungkus mee segera.

Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), ’styrene’ boleh mengakibatkan atau sebagai agen yang menyebabkan kanser. Ia juga menyebabkan perubahan genetik serta boleh memudaratkan kepada wanita yang hamil.

Popularity: 35% [?]

Share/Save/Bookmark

Panorama Menarik Di Penghujung Benua Asia

Sunday, July 25th, 2010

Blogpost kali ni nak cerita sikit pasal satu tempat menarik yang mendapat nama jolokan iaitu “Penhujung Benua Asia”. Lokasi tempat ini dikenali sebagai Tanjung Piai yang terletak di daerah Pontian, Johor. Pada sesiapa yang tidak pernah dengar nama tempat ini tapi tentu anda tahu kalau saya sebut Kukup. Tanjung Piai memang terletak berhampiran dengan Kukup iatu terminal feri yang terkenal kepada sesiapa yang mahu ke Indonesia terutamanya Tanjung Balai atau Tanjung Pinang.

Tanjung Piai telah diwartakan sebagai Taman Negara pada bulan September 2001 dan ia adalah dibawah kelolaan Perbadanan Taman Negara Johor. Bertentangan dengan Taman Negara Tanjung Piai ialah Taman Negara Pulau Kukup. Kedua-dua destinasi ini terkenal sebagai ‘eco-tourism’ yang menjadi tumpuan para pelancong yang ingin menikmati keunikan dan keindahan hutan bakau semulajadi.

Perjalanan dari Johor Bahru ke Pontian Kechil melalui jalan persekutuan adalah sejauh 22km dan 7km dari Pontian Kechil ke Kampung Tanjung Piai.  Kepada kaki-kaki pancing, bolehlah memancing di kawasan Kukup Laut.

Tarikan utama adalah lokasi ini menjadi persinggahan burung-burung menjelang bulan April setiap tahun. Berbagai spesis burung boleh dilihat disini pada tempoh tersebut. Terdapat binaan pejalan kaki sepanjang 300m melalui hutan bakau menuju ke laut. Terdapat juga chalet-chalet bagi sesiapa yang ingin bermalam di sini. Satu monumen ‘Globe’ yang besar telah dibina di sini sebagai satu tanda sebuah tempat yang terletak di “Penghujung Benua Asia”.

Popularity: 46% [?]

Share/Save/Bookmark

Innovasi Baru Di Dalam Televisyen Internet

Thursday, July 22nd, 2010

Era kewujudan TV di Malaysia akan berubah dengan hadirnya pesaing baru di dalam dunia televisyen. Dengan kemunculan HyppTV yang menggunakan talian internet yang diperkenalkan pada awal tahun ini telah memberi dimensi baru dalam dunia penyiaran TV di Malaysia.

Dari segi teknikalnya, ia dikatakan tidak akan mengalami gangguan siaran langsung di dalam apa jua keadaan cuaca yang buruk atau hujan (melainkan berlakunya hari kiamat)…hehe. Ini jika dibandingkan dengan saluran TV berbayar yang lain yang mana akan tiada siaran langsung bila berlaku hari hujan.

Tahukah anda televisyen HyppTV ini telah diperkenalkan oleh satu-satunya syarikat monopoli talian tetap iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM). Ia dikhususkan kepada pelanggan talian Internet jalur lebar Unifi TM untuk menonton pelbagai saluran TV yang disediakan.

Dikatakan pada ketika ini HyppTV menyediakan 22 saluran dan ia dapat ditonton secara percuma kepada lebih 5,000 pelanggan UniFi TM yang meliputi saluran TV dalam dan luar negara. TM telah meluaskan penggunaan UniFi TM menjangkau 18 buah kawasan berbanding 4 kawasan sahaja pada ketika ia dilancarkan pada bulan Mac lalu.

Pemasangan set UniFi TM yang berjumlah lebih kurang RM1,300 dipasang secara percuma sehingga hujung tahun ini. Manakala kesemua 22 saluran yang disediakan oleh HyppTV termasuk saluran VoD akan diberi secara percuma kepada pelanggan sehingga bulan September ini dan selepas itu, bayaran tertentu akan dikenakan kepada pelanggan yang ingin menikmati saluran premium (kecuali pakej VIP20) atau melanggan filem atau drama yang diinginkan melalui VoD.

Popularity: 34% [?]

Share/Save/Bookmark