Archive for June, 2010

Website Grader Tools – Analisa Website Anda

Wednesday, June 2nd, 2010

Saya terjumpa satu tools PERCUMA yang dinamakan Website Grader yang menyediakan fakta-fakta tentang website atau blog kita, setelah analisa dilakukan. Kita cuma taipkan kita punya URL di ruang yang disediakan dan klik GENERATE REPORT, itu sahaja dan beberapa ketika akan keluar paparan analisa tentang website atau blog kita.

Samada laman web atau blog kita mendapat trafik yang bagus, atau adakah blog kita popular di sosial bookmarking atau bila dan berapa kerap laman blog kita telah diindex oleh crawl robot yang dihantar oleh pakcik google, semuanya akan dinyatakan dalam analisis berkenaan. Sila klik disini untuk mencuba. Selamat Mencuba.

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

Sekitar Seminar SmartBlogging Yang Lepas

Tuesday, June 1st, 2010

Seminar dah lama berlalu baru sekarang nak updated dalam blog. Tak apelah biar lambat dari tak updated terus. Bukan apa, ini adalah sebagai kenang-kenangan bagi diri sendiri atau sesiapa yang ingin tahu cerita di sekitar seminar tersebut.

Nak review sikit pasal seminar tersebut yang berlangsung pada 25 April 2010 bertempat di UTM Skudai. Seminar ini memang cool, Pertamanya pasal cara penyampai seminar tu lebih santai, tak lah terlalu formal sangat dan menarik. Keduanya, sebab apa memang cool kerana tempat tu memang sejuk sakan, sesiapa yang tak pakai jaket, sejuknya terasa sampai ke tulang…hehe. Yang ketiganya, pasal “Nasi Ayam Penyek”nya yang dikatakan paling best setakat yang pernah aku rasa dan makan.

Banyak tip-tip serta panduan yang diberi. Pandai-pandailah kutip dan praktik semua tip-tip yang telah diberi. Tapi yang menariknya sesiapa yang menyertai seminar ini akan secara automatik menjadi “Exclusive Member Forum Dunia Blogging”. Nak tahu apa faedahnya jadi exclusive member ini…hahaaa, yang tu kena join next Seminar Smart Blogging, barulah tahu rahsianya.

Popularity: 4% [?]

Share/Save/Bookmark

Serangan Israel Ke Atas Kapal Bantuan Kemanusiaan Ke Palestin

Tuesday, June 1st, 2010

Dipetik dari sumber-sumber berita menyatakan bahawa 12 orang warganegara Malaysia, termasuk seorang wartawan dan juru kamera dari Astro Awani berada di dalan kapal Turki, Mavi Marmara yang telah diserang oleh pasukan komando Israel di pantai carikan Gaza.

Setakat ini nasib dari Malaysia masih belum diketahui. Israel juga telah menahan 480 aktivis pro Palestin dan mengusir 48 orang yang lain di dalam serang tersebut.

Perdana Menteri telah mengarahkan Wisma Putra untuk menyelamatkan sukarelawan yang terlibat. Setakat ini tiada komunikasi yang menyukarkan untuk mendapatkan maklumat dengan pihak yang terlibat.

Popularity: 4% [?]

Share/Save/Bookmark