Archive for May, 2010

Hobi Masa Lapang Dapat Freshkan Kepala Yang Serabut

Saturday, May 29th, 2010


Lain macam aje topik blog post aku hari ni. hehe

Oklah cuma nak lepas tension sikit setelah beberapa hari tidur lewat untuk settlekan dan updated blog yang berkaitan. Yang pastinya setiap orang mesti ada hobi yang tersendiri, betul tak?. Ada yang sanggup berpanas berhujan untuk melepaskan gian memancing samada di kolam, sungai mahupun di laut. Atau lain-lain hobi yang korang minat.

Yang pentingnya aku ni minat banyak kat gardening (ikut ayah aku). Aku memang suka kat pokok-pokok, tak kiralah pokok berbunga atau pokok tak berbunga. Tapi pada aku part gardening aku ada “niche” sendiri iaitu “Bonsai”. Aku ni memang minat kat bonsai tapi tak ler expert sangat, masih belajar dari buku atau website berkenaan.

Pada aku kalau habis kerja atau lepas penat layan blog, melihat pokok-pokok ni dapat ler release sikit otak yang serabut nih. Rasa tenanglah dan dapat lupakan kejap masalah berkaitan.

Popularity: 12% [?]

Share/Save/Bookmark

Awas! Bahayanya Diabetes

Saturday, May 29th, 2010
Secara mudahnya diabetes adalah sejenis penyakit kronik yang disebabkan oleh kadar gula yang tinggi di dalam darah kita. Tahap insulin yang sedikit atau tahap antibodi yang lemah terhadap insulin boleh menyebabkan diabetes. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal gula di dalam darah.
Secara kasarnya, diabetes dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :-
1) Diabetes Tahap 1

Diabetes tahap ini selalunya didapati pada peringkat umur kanak-kanak. Ini adalah mungkin disebabkan oleh faktor genetik, jangkitan virus dan masalah imune. Hanya sedikit insulin yang dikeluarkan atau tiada langsung. Pada tahap ini suntikan diperlukan setiap hari.

2) Diabetes Tahap 2

Tahap ini selalunya dihidapi oleh orang dewasa dan pada tahap inilah banyak kes diabetes timbul. Orang yang menhidapi diabetes tahap ini adalah dari kalangan obesiti dan kurang membuat senaman.

3) Gestational Diabetes

Diabetes tahap ini biasanya dihidapi oleh wanita yang sedang hamil yang disebabkan oleh kandungan glukosa darah tinggi. Bahayanya diabetes tahap ini yang boleh menyebabkan risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes tahap 2 dan kardiovaskular.

Penyakit kronik ini sangat berbahaya tetapi ia boleh dikawal dengan menjalani gaya hidup yang sihat serta mengawal diet kita.

Popularity: 7% [?]

Share/Save/Bookmark

Tools PERCUMA Buat Grafik Atau Logo

Tuesday, May 25th, 2010

Disini saya nak berkongsi bersama tentang tools yang simple dan mudah untuk di applikasi bagi sesiapa yang nak touch up themes. Ia agak mudah untuk digunakan dan sesuai untuk design grafik atau logo serta banyak pilihan font yang boleh dipilih ikut citarasa sendiri.

Tools ni dikenali sebagai Cool Text wujud sejak tahun 1998 dan paling popular graphics generator serta terdapat 300 million image PERCUMA. Anda boleh klik disini untuk explore .

Popularity: 7% [?]

Share/Save/Bookmark

Apakah Itu Malware

Sunday, May 23rd, 2010

Sejak pulang dari seminar blogging oleh Sifu Rohaizad, blog aku nih tinggal tak berupdated hampir sebulan. Maklumlah tengah sibuk upload apa yang diajar oleh Ijad. Oklah lari topik pulak.

Hari ni laptop aku kena attack dengan “Malware”, Jadi, Apa itu Malware? mengikut fahaman sendiri yg tak berapa terror bab-bab ni ialah sejenis trojan, worm atau rootkit yg akan menggangu sistem komputer anda dimana ia mampu berjangkit dengan komputer lain jika wujud sambungan terbuka.

Cuba bertanya di wangcyber dengan buka new threat, response sungguh bagus pasal diorang ni memang nak membantu atau pernah melalui pengalaman yang sama. Salah satu response tu suruh refer kat web wanmus. Tip dan panduan yang diberikan oleh saudara wanmus sungguh membantu. Jadi dinasihatkan kepada sesiapa yang belum atau dah kena jangkitan Malware ni, sila download kat sini.

Popularity: 8% [?]

Share/Save/Bookmark