Terkejut pulak aku semalam, tak pernah-pernah laptop aku hanging! Rasa bagai nak pitam dibuatnya. Pasal apa? sebab dalam laptop aku ni berbagai data yang memberi aku nyawa untuk hidup. Kalau hilang data tersebut maka habis dan hancur berkecailah harapan aku. Maklumlah aku ni keje sendiri, semua maklumat client aku ada kat dalam laptop nih.
Ini adalah penangan dari serangan virus semasa buka email, nasib baik sempat quarantin virus tu, aku gunakan anti-virus free aje. Tanya pada orang yang lebih pakar pasal komputer, katanya “Engkau kena buat Disk Defragment” kalau tak silap ia adalah satu proses dimana file-file akan diindex dan disusun untuk menjadikan disk usage lebih teratur. Proses ni makan masa sikit lebih-lebih lagi banyak file di dalam directory yang berkaitan.
Lepas selesai proses tersebut, cuba buat disk cleanup. Aku pasti komputer kita akan berjalan lancar dan agak laju sedikit jika dibandingkan sebelumnya.
Step-step nak buat disk defragment :-
1) Klik Control Panel
2) Klik di Administrative Tool
3) Klik di Computer Management
4) Klik di Disk Defragmenter
Step-step nak buat Disk Cleanup :-
1) Klik di My Computer
2) Halakan mouse di C: atau directory berkaitan dan right klik
3) Klik Properties
4) Klik di Disk Cleanup
Ok, selamat mencuba
Popularity: 7% [?]



![funny-pictures124[1] funny-pictures124[1]](http://www.anuarkarimz.com/wp-content/uploads/2010/04/funny-pictures1241.jpg)



