Archive for October, 2009

Sumber Rujukan Perniagaan Internet

Wednesday, October 28th, 2009

Perniagaan internet merupakan satu cabang biz yang amat luas
bagaikan sebuah lautan! Anda mungkin dengan mudahnya kehilangan arah dan tenggelam ditengah-tengah lautan jika tiada nakhoda yang berpengalaman.

Saya yakin masih ramai di antara anda yang masih terkial-terkial dan tak
faham macam mana perniagaan internet itu berfungsi.

Baiklah, saya mencadangkan anda pergi ke kedai buku MPH dan beli buku Buat Duit dengan Internet oleh Saifulsham atau apa-apa buku yang berkisarkan perniagaan internet di dalam MPH.

Dalam buku yang saya nyatakan tersebut. Saudara Sabri dan Syazwan sudah pun terangkan dengan lebih detail bagaimanaa ingin memulakan langkah perniagaan internet.

Bermula dengan memiliki hosting sehinggalah cara memasarkan produk kepada pelanggan anda.

Tapi jika anda mahu bersoaljawab atau mencari info bolehlah anda lawat
ke forum WangCyber.com ataupun di ruang forum www.jombincang.com dan mula aktif di sana.

Di situlah tempat newbies dan otai-otai IM berinteraksi. Ada juga orang kata tempat itu lubuk duit!

Pelajari dari rakan-rakan IM di sana dan minda anda akan menjadi lebih terbuka dengan perniagaan internet. Banyak ilmu yang dicurahkan disitu terutama affiliate program hingga ke e-bay.

Meh lah kita berforum disana.

Popularity: 4% [?]

Share/Save/Bookmark

Pengalaman dari koleksi ebook…

Monday, October 26th, 2009

Terlalu “excited” sangat dengan ayat dari web jualan tentang sesuatu bidang biz online, menaikkan semangat untuk buat belian sesuatu ebook. Dari ebook pasal Adsense hinggalah ke Affiliate Marketing semuanya dibeli.

Tak salah jika beli ebook-ebook tu bagi tujuan tambah ilmu pengetahuan. Pada aku membeli ebook-ebook tu adalah sebagai pelaburan untuk memulakan biz online.

Jika dah selesai membaca kesemuanya, barulah kita buat keputusan dan pilihan apa jenis perniagaan yang kita boleh buat mengikut perkiraan masing-masing. Jika boleh buat Adsense maka fokus ke bidang tu, begitu juga dengan ebay atau affiliate, yang pentingnya kita
kena fokus ke satu-satu peluang tersebut.

Kalau nak dibuat semua, serabut kepala dibuatnya. Betul tak? :-)

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

Perniagaan Internet : Buat Aku Keliru!

Sunday, October 25th, 2009

Mudah kata perniagaan internet ialah segala urusniaga yang dijalankan di alam maya (online). Sebuah website kita tu umpama kedai tempat kita berniaga. Produk-produknya adalah barang-barang yang diniagakan.

Yang pentingnya kita kena banyakkan dan pelbagaikan usaha promosi. Kalau tak promosi macamana pelanggan kita nak datang.  Ada pelbagai cara promosi yang boleh kita lakukan untuk menarik trafik ke laman web kita, antaranya ialah :-

1)Melawat blog orang lain dengan memberi komen di ruangan blog  mereka.

2)Ambil bahagian dalam ruangan forum dengan memberi pendapat dan infomasi terkini.

3)Dengan meletakkan link laman blog kita pada blog orang lain.

4)Meletakkan iklan ditempat yang mudah dilihat, samada di ruangan iklan berbayar atau   percuma.

Tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana nak mula?.. aahh sebenarnya aku pun macam tu jugak, masih blurr di awal melangkah ke sini.  Sebenarnya banyak sumber rujukan yang boleh didapati di alam cyber nih termasuklah dapatkan tip-tip atau panduan di blog-blog
yang mempunyai trafik dan dikenali ramai.

Selain dari itu kita boleh dapatkan sumber rujukan dengan mendapatkan ebook-ebook yang boleh diperolehi dengan percuma dan berbayar. Tapi pada aku, info terbaik boleh dipelajari di blog perniagaan internet dan blog problogger tersebut.

Pokok pangkalnya perkara yang paling penting kita perlulah FOKUS terhadap apa yang kita lakukan, kita perlu istiqamah jika kita nak berjaya.

Tiada jalan mudah untuk senang, jangan terpedaya dengan program dapat wang dengan cepat termasuklah skim pelaburan di internet yang pernah gempar satu ketika dulu. Ini adalah perniagaan di internet bukannya pelaburan di internet, tak sama tu! :-)

Popularity: 4% [?]

Share/Save/Bookmark