>>blog anuarkarimz<<

Internet – Ada Ruang & Ada Peluang

468
  • Home
  • Ebook Percuma
  • Hubungi Saya
  • Siapa Saya

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Posted by anuarkarimz in December 31st 2009  

happy new year 2010

Pejam celik pejam celik, dah sampai di penghujung tahun 2010. Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Masa tidak menunggu kita malah kita perlu mengejar masa. Masa itu emas, masa itu berharga.

Ada diantara kita yang telah dapat mencapai azam yang dibuat pada tahun 2009, tidak dinafikan juga, ada yang masih belum sepenuhnya dapat mencapai azam yang dibuat. Tapi setidak-tidaknya ada sebahagian azam dapat dicapai dari tiada satu pun yang terlaksana. Kalau ditanya pada saya tentang tahap pencapaian azam saya ni memang masih ada perkara yang belum tercapai tapi azam untuk membina blog sendiri memang dah tercapai, pada tahun 2010 nanti berazam pula untuk selalu update blog ni dan cuba dapatkan side income dari berblog.

Musim persekolahan akan bermula lagi beberapa hari, saya mengucapkan selamat memulakan sesi persekolahan pada pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu yang akan mula bertugas pada tahun hadapan. Selamat Menyambut Tahun Baru saya ucapkan kepada saudara-saudari dan rakan-rakan yang singgah diblog saya. Semoga di tahun hadapan kita dapat memacu kejayaan yang lebih unggul lagi.

Popularity: 28% [?]

Share/Save/Bookmark

No Comment
under: Umum
Tags: happy new year 2010, tahun baru azam baru
Digg it Add to del.icio.us Stumble it add to technorati

Bulan Yang Sibuk

Posted by anuarkarimz in December 13th 2009  

images_buzyBanyak maknanya dan banyak aktiviti yang perlu dilakukan sempena bulan Disember ni. Musim cuti sekolah datang lagi, bawa anak jalan bercuti, dan tak lama lagi sekolah dah nak buka semula, jadi banyak la wang perlu di gunakan, maklumlah anak ramai masih bersekolah.

Semangat untuk berblogging masih panas membara tapi kena fikir pula untuk cari sikit wang untuk beli baju sekolah, buku sekolah, yuran dan sebagainya. Kena cari wang segera, bulan disember ni banyak kerja freelance yang kena aku buat sorang, maklumlah kerja sendiri.

Bila dah sentuh kerja freelance nih, dah tak sempat nak update blog dan layan blog-blog yang biasa aku lawati, memang sibuk! Apa-apa pun aku kena fokus dulu untuk siapkan kerja freelance aku, kalau tak, macamana nak beli dan bayar kos persekolahan anak-anak.

Azam tahun baru ni memang untuk  mula jana income dari blogging ni, insyallah ianya dapat aku capai, cuma masa yang menentukan. Tentu rakan-rakan diluar sana sibuk atau sedang cari peluang untuk tambah income dari blogging ni. Pada saya berblogging ni memang boleh buat duit seperti yang dinyatakan oleh saudara Rohaizat seorang pro blogger.

Harap dipenghujung bulan ini aku dapat settle semua kerja-kerja tertunggak dan seterusnya dapat fokus berblogging pula.

Popularity: 46% [?]

Share/Save/Bookmark

1 Comment
under: Umum
Tags: buzy, disember yang sibuk, freelance
Digg it Add to del.icio.us Stumble it add to technorati

Nilai RM 5

Posted by anuarkarimz in December 2nd 2009  

dollarsign2 Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut- hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery yang duduk disebelah  sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu- sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari hafik,tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol! Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. “Nak apa?!” Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

” Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta..” Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut.

Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

” Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!” Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang dirumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial!

Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

” Sudah nak!!” Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.

“Kenapa ni? Gila?!”

” Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit.”

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana . Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus. ” Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?”.Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur.
Meletakkan dua beg plastik di atas tanah,membukanya satu persatu,perlahan- lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

” Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula,nak.”

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

“Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan,jangan mati.” Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.

Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

Popularity: 76% [?]

Share/Save/Bookmark

2 Comments
under: Renungan
Tags: nilai RM5, renungan hari ini
Digg it Add to del.icio.us Stumble it add to technorati

Petua Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan

Posted by anuarkarimz in November 29th 2009  

9909_08_3440_thumbAbu Yazid Al Busthami, pelopor  sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,”Tuan  Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang  lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan  pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Sang Guru menjawab sederhana, “Perbaiki penampilanmu dan berubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji  akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.  Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.

Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri  selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan  ketegangan.

Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Popularity: 68% [?]

Share/Save/Bookmark

2 Comments
under: Agama
Tags: jauhi kesulitan, Petua murah rezeki
Digg it Add to del.icio.us Stumble it add to technorati

Susahnye Nak Cari Bakal Isteri….

Posted by anuarkarimz in November 28th 2009  

airmawarSusahnya nak mencari bakal isteri

1.        Kalau bakal isteri seorang guru. Alamatnya, kat rumah akan bising kot.  Mana taknya, dilayan kita macam anak murid. “Kamu, jangan baca suratkhabar. Sila ke dapur untuk membantu saya!”. Dengan suara yang kuat. Ya, aku perasan, ramai cikgu yang dah hilang tombol volume suara kat tekak mereka.

2.        Kalau bakal isteri seorang pekerja kilang. Waktu malam kita nak tidur pun susah. Mana taknya, dia dok kemas rumah. “Abg, siang saya kerja. Malam nih lah nak kemas rumah segala. Harapkan abg? Hampeh!” Kita plak yang kena! Tapi yang bestnya, tgh malam pun tak yah risau nak cari makanan. Bini tersayang kan ada…

3.        Kalau bakal isteri seorang akauntan. Mak aih, segala kewangan perlu dikawal. “Abg, jangan berbelanja lagi sekarang, kita bertahan.
Nanti, masa kadar matawang kita tinggi, kita akan berbelanja di Singapura. Juga, pastikan investment untuk hartanah rujuk kepada saya dahulu” Itu ok lagi..
Kalau…. “Tempoh peminjaman duit saya kepada abg sebanyak RM 10, 5 hari lepas belum berbayar. Mengikut kadar bunga yang telah ditetapkan, iaitu 10% kenaikan bagi setiap hari, abg perlu bayar RM 15. Jika tidak, kadar bunga akan semakin bertambah” Tak ke naya?

4.        Kalau bakal isteri seorang ahli sukan. Adeh, bila masa kita nak rehat yek? “Abg, baru balik kerja ye. Cepat tukar baju, kita berjogging. Kesihatan perlu dijaga. Setiap minit abg berlari, kalori dibakar adalah bersamaan dengan kalori bagi setiap roti canai yang abg makan” Adeh. Kalau tgh berperang besar. Nak pulak atlit lontar peluru. Agak2nya, sempat tak nak capai kunci kereta larik?

5.        Kalau bakal isteri kita suri rumah sepenuh masa. Tak pernah lihat dunia luar sebelum kahwin. Bayangkan kita bawa ke majlis yang menghidangkan makanan itali. “Abg, Leha nak makan murtabak tu..” Merengek, dan kuat. Sedangkan itu lasagna. Belum lagi jerit kat pelayan panggil mintak sos cili. 

Lagi parah, kalau bawak beg plastik, isi makan yang bersusun kat meja buffet. Kat mana nak letak muka kita ni yekkk…

Popularity: 100% [?]

Share/Save/Bookmark

1 Comment
under: Humor
Tags: isteri yang bagaimana, susah nya cari isteri
Digg it Add to del.icio.us Stumble it add to technorati

Anda Mesti Ada Akaun Paypal

Posted by anuarkarimz in November 28th 2009  

images_paypalJika anda baru berjinak-jinak dengan internet terutamanya untuk meraih pendapatan dari internet tentunya medium sebagai alat penerimaan dan pembayaran adalah semestinya penting.

Jika antara terlibat dengan pelbagai program buat duit di internet samada di dalam dan di luar negara, anda diwajibkan mempunyai akaun bank seperti akaun maybank, cimb bank dan sebagainya bagi memudahkan urusniaga perniagaan online anda.

Bagi yang mahu melakukan affiliate, google adsense dan sebagainya, semestinya anda perlu ada akaun paypal. Paypal adalah merupakan salah satu merchant penting di dalam perniagaan online. Sejarah penubuhan paypal adalah untuk kegunaan transaksi bagi uruniaga pembelian dan penjualan produk ebay.

Ramai usahawan internet gemar menggunakan paypal kerana ia mengenakan yuran yang paling murah untuk menghantar dan menerima wang. Ia juga menerima bayaran kad kredit dari website berbanding dengan merchant yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaiman nak menggunakan atau cara untuk sign up dan menggunakan paypal, anda boleh rujuk pada ebook  panduan paypal berikut dan diharap dapat membantu anda menjalankan urusniaga online anda.

Popularity: 54% [?]

Share/Save/Bookmark

No Comment
under: Tip dan Panduan
Tags: medium payment, online internet income, paypal
Digg it Add to del.icio.us Stumble it add to technorati

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Posted by anuarkarimz in November 26th 2009  

Aidil Adha datang lagi, Hari Raya Aidil Adha adalah perayaan yang kedua terbesar selepas Hari Raya Aidil Fitri. Ia disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 zulhijjah setiap tahun. Takbir aidiladha bermula pada malam 10 zulhijjah. Solat sunat aidiladha serta khutbah pada pagi 10 zulhijjah kemudian ibadah korban dilakukan pada waktu siang 10, 11, 12, atau 13 zulhijjah.

Ia adalah bertujuan untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Ibadat korban hanya boleh dilakukan empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib membaca khutbah aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 zulhijjah. Upacara korban akan
dilakukan beramai-ramai dan daging korban akan dibahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan miskin.

Itulah serba sedikit mengenai Hari Haya Aidil Adha. Tentu ramai antara kita akan balik ke kampung sempena hari raya ni, cuti sekolah pulak tu. Ramai juga akan akan memandu untuk pulang berhari raya,
berhati-hati ketika memandu, semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Popularity: 49% [?]

Share/Save/Bookmark

No Comment
under: Agama
Tags: hari raya aidil adha, hari raya korban
Digg it Add to del.icio.us Stumble it add to technorati

Buit Duit Melalui Hubpages

Posted by anuarkarimz in November 19th 2009  

Bagaimana nak buat duit melalui satu lagi Web 2.0 iaitu Hubpages. Jika anda boleh menulis dengan baik dan tahu serba sedikit untuk menulis artikel promosi, anda berpotensi untuk buat duit melalui online. Berikut adalah langkah untuk bina Hubpages :-

1)  Buka akaun di Hubpages dan cipta username dan setting. Anda diberi pilihan untuk sign up dengan Google Adsense atau anda boleh buat setup tersebut kemudian.

2) Mula menulis artikel dengan memilih tajuk samada mengenai hobi anda atau kegemaran anda.

3) Perbaiki kandungan artikel anda dan tambah photo-photo berkaitan dengan artikel kerana di Hubpages yang mempunyai photo atau gambar lebih menarik berbanding yang tiada apa-apa gambar.

4) Buat promosi artikel di laman sosial ataupun melalui social bookmarking.

5) Pastikan anda sign up dengan Google Adsense, Amazon atau lain affiliate.

6) Teruskan menulis dan fokus pada kualiti kandungan artikel anda. Menulis dengan cara yang natural dan berikan kandungan artikel yang baik untuk pembaca anda. Dan biasanya duit akan datang kemudian .

Popularity: 61% [?]

Share/Save/Bookmark

No Comment
under: Umum
Tags: make money online, web 2.0 hubpages
Digg it Add to del.icio.us Stumble it add to technorati

Apa itu Web 2.0 – Squidoo?

Posted by anuarkarimz in November 7th 2009  

Pada pendapat saya adalah satu perkara yang wajib bagi seorang usahawan internet perlu tahu bagaimana membuat blog ataupun laman web. Tetapi ada juga cara lain jika anda mempunyai modal dengan mengupah seorang yang pakar untuk merekabentuk blog  atau laman web anda.

Salah satu laman web 2.0 yang popular pada masa kini adalah Squidoo.com. Kini lebih dari 70,000 pengguna yang menggunakan laman percuma ini.  Angka ini akan bertambah dengan pantas dari tahun ke tahun.

“Lens” adalah satu ruang akaun khas bagi menulis sebarang artikel yang berkaitan dengan “niche”anda. Orang yang membuat “lens” dipanggil “lensmaster”.  Anda boleh mula menulis lensa dengan membuka akaun di Squidoo.com.

Disamping dapat menulis lensa dengan percuma anda juga boleh membina kredibiliti dan kepakaran anda di dalam bidang tertentu. Jika anda seorang “affiliate marketing”, laman ini sesuai bagi mempromosikan link affiliate anda kerana ia mempunyai ranking yang terbaik di internet.

Anda boleh download panduan percuma “Step-by-Step Guide To Making Squidoo Lens” di sini. Ebook ini di tulis dalam bahasa english, merupakan sumber rujukan asas bagaimana hendak membina “lens” terutamanya bertujuan promosi link affiliate anda.

Popularity: 89% [?]

Share/Save/Bookmark

No Comment
under: Umum
Digg it Add to del.icio.us Stumble it add to technorati

6 Tip Mudah Menulis Artikel

Posted by anuarkarimz in November 2nd 2009  

Kenapa kita takut untuk menulis sesuatu artikel?. Ada yang merasakan kerja menulis artikel ni terlalu susah apatah lagi jika kita merasakan tiada orang yang sudi membaca artikel kita.

Tujuan artikel ditulis adalah samada untuk menyampaikan mesej atau sesuatu info. Kita boleh menulis artikel tentang sesuatu yang kita gemari atau sesuatu yang kita ketahui.

Kita hendaklah menulis artikel yang menarik dan kreatif bagi menarik pembaca membaca artikel kita. Berikut adalah tip-tip menulis sesuatu artikel :-

1) Gunakan perenggan pendek pada sesuatu artikel

2) Menggunakan nombor atau ‘point’

3) Menggunakan sub-tajuk

4) Tajuk atau ‘header’ yang menarik

5) Cara penulisan yang tidak terlalu formal 

6) Gunakan fakta-fakta ketika menulis artikel

Popularity: 74% [?]

Share/Save/Bookmark

No Comment
under: Umum
Digg it Add to del.icio.us Stumble it add to technorati
« Older Entries

Panduan Blogging

Minisite Percuma

  • MinisiteTanpaPhotoshop

Pages

    • Ebook Percuma
    • Hubungi Saya
    • Siapa Saya

Recent Posts

    • Selamat Menyambut Tahun Baru 2010
    • Bulan Yang Sibuk
    • Nilai RM 5
    • Petua Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan
    • Susahnye Nak Cari Bakal Isteri….

Recent Comments

    • Fatin Pauzi on Bulan Yang Sibuk
    • anuarkarimz on Nilai RM 5
    • titan on Nilai RM 5
    • titan on Susahnye Nak Cari Bakal Isteri….
    • admin on Petua Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan

Categories

    • Agama
    • Humor
    • Renungan
    • Tip dan Panduan
    • Umum

Archives

    • December 2009
    • November 2009
    • October 2009

Top Commentator

    1. 100% Susahnye Nak Cari Bakal Isteri....
    2. 89% Apa itu Web 2.0 - Squidoo?
    3. 76% Nilai RM 5
    4. 74% 6 Tip Mudah Menulis Artikel
    5. 73% Perniagaan Internet : Buat Aku Keliru!
    6. 68% Petua Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan
    7. 61% Buit Duit Melalui Hubpages
    8. 58% Sumber Rujukan Perniagaan Internet
    9. 54% Anda Mesti Ada Akaun Paypal
    10. 53% Pengalaman dari koleksi ebook...

Blogroll

    • Blog Fatin Fauzi
    • Blog Problogger
    • Blog Usahawan Internet
    • SyukranBlog

Recent Entries

  • Selamat Menyambut Tahun Baru 2010
  • Bulan Yang Sibuk
  • Nilai RM 5
  • Petua Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan
  • Susahnye Nak Cari Bakal Isteri….
  • Anda Mesti Ada Akaun Paypal
  • Selamat Hari Raya Aidil Adha
  • Buit Duit Melalui Hubpages
  • Apa itu Web 2.0 – Squidoo?
  • 6 Tip Mudah Menulis Artikel
  • Sumber Rujukan Perniagaan Internet
  • Pengalaman dari koleksi ebook…
  • Perniagaan Internet : Buat Aku Keliru!

Recent Comments

  • Fatin Pauzi in Bulan Yang Sibuk
  • anuarkarimz in Nilai RM 5
  • titan in Nilai RM 5
  • titan in Susahnye Nak Cari Bakal Isteri....
  • admin in Petua Murah Rezeki Dan Dijauhkan Ke…
  • admin in Perniagaan Internet : Buat Aku Keli…
  • Fatin Pauzi in Petua Murah Rezeki Dan Dijauhkan Ke…
  • aleh in Perniagaan Internet : Buat Aku Keli…

Most Comments

  • Perniagaan Internet : Buat Aku Keliru! (2)
  • Petua Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan (2)
  • Nilai RM 5 (2)
  • Susahnye Nak Cari Bakal Isteri.... (1)
  • Bulan Yang Sibuk (1)
Box-Tube Box Modulize WordPress Theme By Dezzain Studio. Distributed by eBlog Templates
©2010 >>blog anuarkarimz<<
Powered by WordPress 2.8.6    Valid XHTML    Valid CSS